FANA’ DALAM PANDANGAN ULAMA SUFI: TINJAUAN TERHADAP PEMIKIRAN SUFI SHEIKH HAMZAH FANSURI
Abstract
Abstrak
Fana’ menurut disiplin Ilmu Tasawuf ialah lenyap dari sifat manusiawi yang terbelenggu dengan berbagai tuntutan syahwat dan hawa nafsu, hal keadaan tumpuan ingatan hati hanya tenggelam dalam menghayati sifat kesempurnaan dan keagungan Allah SWT. Hal demikian adalah karena fana’ merupakan kesadaran tingkat tinggi dan tumpuan ingatan yang jitu yang hanya tertuju kepada Allah SWT hingga ingatan dan perasaan terhadap perkara lain menjadi tumpul seolah-olah lenyap dari ingatan. Walaupun begitu, dalam wacana pemikiran akidah, banyak ditimbulkan isu-isu yang berkaitan dengan kesalahfahaman dan penyelewengan terhadap institusi tarekat khususnya yang berkaitan dengan konsep fana’. Dengan demikian, artikel ini mencoba mengetengahkan konsep fana’ menurut Sheikh Hamzah Fansuri (w. 1630M) melalui karya beliau untuk meneliti sejauh mana konsep fana yang telah dikemukakan oleh beliau sejalan dengan tokoh sufi Nusantara yang lain dan tokoh-tokoh sufi yang muktabar. Kajian ini menggunakan metode analisis kandungan dengan melihat karya sufi Sheikh Hamzah Fansuri yang berjudul “Asrar al-‘Arifinâ€. Kajian mendapati bahwa istilah fana’ yang dikemukakan oleh Sheikh Hamzah Fansuri sejalan dengan makna fana’ yang telah dikemukakan oleh tokoh sufi Nusantara seperti Sayyid Abdul Rahman (w. 1917M), Sheikh Abdul Samad al-Falimbani (w. 1788M) dan tokoh sufi lain yang muktabar. Walau bagaimanapun, penggunaan istilahnya agak berbeda dalam memberikan penjelasan tentang pengertian fana’. Di samping itu, Sheikh Hamzah Fansuri dalam karya beliau lebih banyak menekankan perbincangan terhadap aspek eksistensi yang diistilahkan oleh beliau sebagai martabat tujuh. Kajian menyimpulkan bahawa konsep fana’ yang dikemukakan beliau merupakan suatu asas yang penting dalam memahami konsep fana’ yang digunakan oleh penganut tarekat kesufian dalam kalangan masyarakat kini.