MUHAMMAD ABDUH DAN PERANANNYA DALAM AKHBAR AL-WAQĀ’I‘ AL-MISRĪYYAH

  • Ahmad Nabil Amir istac
  • Tasnim Abdul Rahman Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu
Keywords: al-Waqā’i‘ al-Misrīyyah, Egypt, Muhammad Abduh, Press

Abstract

Artikel ini membahas peranan Muhammad Abduh (1849-1905) dalam kareernya sebagai ketua editorial akhbar al-Waqā’i‘ al-Misrīyyah (الوقائع المصرية) sejak tahun 1880. Sepak terjangnya dalam ranah kewartawanan ini penting dalam konteks kebangkitan akhbar Mesir khususnya al-Mu’ayyad dan al-Waqā’i‘ al-Misrīyyah sebagai surat khabar rasmi pemerintah bagi mengembangkan cita pemodenan dan mempengaruhi pandangan umum di Mesir. Ia memberi kesan yang penting yang memungkinkannya memainkan peranan dalam mengembangkan harkat bahasa, meningkatkan kekuatan pengaruh akhbar dan kewartawanan dan menggerakkan kesedaran umum tentang percaturan politik dan budaya yang intens dalam perkembangan semangat nasionalisme dan kesedaran sosial di Mesir. Penulisan dan rencana politiknya merangkumi tempoh pentadbiran Riyad Pasha, pentadbiran Sharif dan zaman pergolakan. Artikel ini menyorot ide-ide yang dilontarkannya tentang pembaharuan sosial dan spiritual, serta persoalan-persoalan pendidikan, agama dan sosio-budaya yang bersangkutan. Metode kajian adalah berasaskan kaedah dokumentasi dan pembukuan. Data-data kajian ditinjau secara deskriptif, analitik dan komparatif. Kesimpulan kajian mendapati perkembangan yang dinamik dan produktif di masa kepimpinan Abduh menerajui akhbar al-Waqa’i‘ al-Misriyyah yang berhasil mengangkat persoalan masyarakat dan menarik kesedaran tentang ihwal mutakhir dalam dunia politik dan akhbar serta mempertahankan kepentingan etika dan nilai kewartawanan.

References

‘Abduh, Ibrahim. 1949. Tārīkh al-Tibā‘ah wa al-Sahāfah fī Misr Khilāl al-Hamlah al-Faransīyah. Vol. 3. Kaherah.

Adams, C.C. 1933. Islam and Modernism in Egypt: A Study of the Modern Reform Movement Inaugurated by Muhammad Abduh. Cairo: The American University of Cairo.

Al-Jabartī, ‘Abd al-Rahman. 1322/1904. ‘Ajā’ib al-Āthār fī al-Tarājim wa’l-Akhbār. Vol. IV. Kaherah.

Al-Sawi, Ahmad Husayn. 1954. Muhammad ‘Abduh and Al-Waqā‘i’ al-Misrīyah”. Thesis, Faculty of Graduate Studies and Research, McGill University, Canada: McGill University.

Amin, Osman. 1946. “Muhammad ‘Abduh the Reformer.” The Muslim World 36 (2): 153-155.

Blunt, Wilfrid Scawen. 1922. Secret History of the English Occupation of Egypt. New York.

Browne, Edward G. 2006. The Persian Revolution 1905-1909. 2nd. Mage Publishers.

Kateman, Ammeke. 2019. Muhammad Abduh and His Interlocutors: Conceptualizing Religion in a Globalizing World. Brill.

Rida, Muhammad Rashid. 1931. Tārīkh al-Ustādh al-Imām al-Shaykh Muhammad ‘Abduh. Kaherah: Matbaah al-Manar.

Sedgwick, Mark. 2003. Muhammad Abduh. Cairo: AUC Press.

Published
2024-06-18
How to Cite
Amir, A. N., & Rahman, T. A. (2024). MUHAMMAD ABDUH DAN PERANANNYA DALAM AKHBAR AL-WAQĀ’I‘ AL-MISRĪYYAH. Basha’ir: Jurnal Studi Al-Qur’an Dan Tafsir, 4(1), 1-7. https://doi.org/10.47498/bashair.v4i1.2655